Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Jurulatih Utama Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Tuesday 5 April 2016

Pengenalan

DEFINISI

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan. 
  • Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid. 
  • Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri. 
  • Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.

Monday 27 April 2015

Kajian Kes

Anda diminta berada dalam kumpulan unit yang telah ditetapkan. Sediakan pembentangan anda dengan menggunakan antara 3-5 slaid Ms Power Point.




Kajian Kes  1- e borang
Penggunaan ICT  dan internet boleh memudahkan pengurusan organisasi.
Cadangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan penggunaan teknologi bagi memudahkan pihak lain mendapatkan akses kepada borang-borang yang berkaitan dengan pengurusan di organisasi anda.

Kajian Kes  2- Perkongsian Maklumat
Kemudahan rangkaian internet membolehkan perkongsian bahan dilaksanakan secara dalam talian.
Cadangkan bagaimana pensyarah boleh mendapatkan maklumat kursus-kursus yang akan ditawarkan oleh pihak KULDP dan seterusnya membolehkan pensyarah memilih kursus bersesuaian dengan keperluan mereka.  

Kajian Kes 3- Pengurusan Maklumat
Ketidakselarasan data dalam jabatan berbeza di organisasi yang sama, telah menyebabkan berlakunya pertindihan maklumat .
Cadangkan bagaimana dat a dapat dikemaskini dan dikongsi secara berpusat

Kajian Kes 4 – Keselamatan Penggunaan emel

Penggunaan emel semakin digunakan secara meluas di IPG sebagai alat komunikasi. Bincangkan bagaimana anda boleh menjaga keselamatan penggunaan emel.

Soal Selidik 1

Sila klik pada pautan Borang Soal Selidik Kemahiran ICT untuk mengisi maklumat anda.

Saturday 27 December 2014

Lawatan JU CPD IPGKTAR

LAWATAN PENANDA ARAS JURULATIH UTAMA CPD IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KE IPGKIK
Pada 19 Disember 2014, seramai 12 orang  Jurulatih Utama CPD IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak telah mengadakan Lawatan Penanda  Aras  Pasukan CPD  IPGKIK   Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi  maklumat, kepakaran dan pengalaman mengendalikan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru DG41 pada tahun 2014.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Norani binti Abd Rahim selaku Penyelaras CPD dan Encik Rosli bin Mat Rasit selaku Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Satu kesepakatan telah diambil antara kedua-dua kampus ini untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan  kejurulatihan  CPD  ini bersama-sama. Yang turut hadir dalam sesi tersebut ialah Jurulatih Utama CPD IPGKIK seperti  Encik Komari bin Hussain, Encik Zainal Arifin bin Yusof, Puan Azlina binti Abdul Rani, Puan Noor Mazni binti Abd Karim dan Puan Haslina binti Hassan.

Thursday 18 December 2014

Taklimat Awal

Sila klik pautan Taklimat Awal Peserta Kursus PBB 2014 untuk sebagai rujukan.

Friday 23 May 2014

Aksi 5