Tuesday 5 April 2016

Pengenalan

DEFINISI

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan. 
  • Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid. 
  • Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri. 
  • Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.