LAWATAN PENANDA ARAS JURULATIH UTAMA CPD IPG KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK KE IPGKIK
Pada 19 Disember
2014, seramai 12 orang Jurulatih Utama
CPD IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak telah mengadakan Lawatan Penanda Aras
Pasukan CPD IPGKIK Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan pengalaman
mengendalikan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru DG41 pada tahun 2014.
Sesi taklimat
telah disampaikan oleh Puan Norani binti Abd Rahim selaku Penyelaras CPD dan
Encik Rosli bin Mat Rasit selaku Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Satu
kesepakatan telah diambil antara kedua-dua kampus ini untuk merancang dan
melaksanakan program pembangunan
kejurulatihan CPD ini bersama-sama. Yang turut hadir dalam sesi
tersebut ialah Jurulatih Utama CPD IPGKIK seperti Encik Komari bin Hussain, Encik Zainal Arifin
bin Yusof, Puan Azlina binti Abdul Rani, Puan Noor Mazni binti Abd Karim dan
Puan Haslina binti Hassan.