Saturday 27 December 2014

Lawatan JU CPD IPGKTAR

LAWATAN PENANDA ARAS JURULATIH UTAMA CPD IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KE IPGKIK
Pada 19 Disember 2014, seramai 12 orang  Jurulatih Utama CPD IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak telah mengadakan Lawatan Penanda  Aras  Pasukan CPD  IPGKIK   Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi  maklumat, kepakaran dan pengalaman mengendalikan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru DG41 pada tahun 2014.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Norani binti Abd Rahim selaku Penyelaras CPD dan Encik Rosli bin Mat Rasit selaku Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Satu kesepakatan telah diambil antara kedua-dua kampus ini untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan  kejurulatihan  CPD  ini bersama-sama. Yang turut hadir dalam sesi tersebut ialah Jurulatih Utama CPD IPGKIK seperti  Encik Komari bin Hussain, Encik Zainal Arifin bin Yusof, Puan Azlina binti Abdul Rani, Puan Noor Mazni binti Abd Karim dan Puan Haslina binti Hassan.